Sunday 10 June 2012

Kerajaan AGRARIA Dan Kerajaan Maritim


3.1 - KERAJAAN AGRARIA
  • kerajaan agraria merupakan kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan pertanian.
  • kerajaan ini terletak di :
    • kawasan tanah subur
    • lembangan sungai
    • kawasan pedalaman
  • Masyarakatnya menjalankan kegiatan  :
    • berburu
    • memungut hasil hutan
    • menangkap ikan
    • menjalankan kegiatan pertanian
      • ubi taro
      • padi huma
      • padi sawah
    • menternak binatang
  • kemahiran masyarakat  :
    • membina empangan dan saliran
      • penting untuk kegiatan pertanian
  • Contoh kerajaan Agraria  :
    • kerajaan Angkor
    • kerajaan Funan
.....................................................................................................................................................

  • KERAJAAN FUNAN - kerajaan terawal di Asia Tenggara
    Ä  Diasaskan pada abad pertama Masihi
    Ä  Pusat kerajaan terletak di Vjadhapura
    Ä  Empangan, saliran dan takungan air dibina untuk mengairi kawasan pertanian terutama sawah padi
    Ä  Bekalan air diperolehi daripada Sg. Mekong dan kawasan persisiran pantai
    Ä  Raja pertama ialah Kaundiya yang menggunakan gelaran Kurung Bnam
    o   Kurung Bnam  bermaksud raja-raja gunung
    o   Istilah  Bnam bererti gunung
    o   Gunung yang dimaksudkan ialah gunung suci yang menjadi simbol kuasa raja
    Ä  Fan Shih-Man merupakan seorang jeneral yang agung
    Ä  Pelabuhan utama ialah Oc-Eo ( kemudiannya menjadi kerajaan maritim kerana kedudukan yang strategik)
    Ä  Sungai Mekong merupakan jalan perhubungan perdagangan


  • KERAJAAN ANGKOR
Ä  Diasaskan pada abad ke-7 Masihi
Ä  Pusat kerajaan terletak di hilir Sg. Mekong
Ä  Sistem pemerintahan berasaskan sistem pemerintahan beraja  :
o    Raja dibantu oleh kerabat diraja untuk menjalankan pentadbiran
o    Raja mempunyai kuasa mutlak dan dianggapdevaraja
Ä  Mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan  Suryavarman II
Ä  Kawasan  pertanian utama di sekitar Tasik Tonle Sap
o    Tasik Tonle Sap ialah tasik yang dibina pada abad ke-10 Masihi
o    Tasik ini terletak di bahagian tengah Kemboja.
o    Merupakan sistem pengairan terpenting untuk kegiatan pertanian padi sawah
o    Air disalurkan melalui empangan dan saliran
o    Kawasan di sekitar tasik ini subur dan sesuai unutk menanam padi
Ä  Baray dibina untuk kemudahan pertanian
o    Baray ialah sebuah kolam air besar yang dibina untuk menampung 30 juta meter padu air. Air dari kolam ini disalirkan ke 12.5 juta ekar sawah.
o    Pembinaan baray membolahkan kerajaan Angkor memperoleh hasil pertanian yang banyak.
Ä  Angkor Wat  merupakan bukti  kewujudan kerajaan Hindu-Buddha. Menerima agama Hindu-Buddha sebagai ajaran utama
....................................................................................................................................................

 
3.2  - KERAJAAN MARITIM
  • kerajaan yang menjalankan kegiatan yang berkaitan dengan perdagangan @ kelautan
  • kerajaan ini terletak di  :
    • persisiran pantai
    • berdekatan dengan laut
    • di muara sungai
  • masyarakatnya menjalankan kegiatan  ;
    • perdagangan
    • membuat kapal
    • kegitan perikanan
  • pelabuhan muncul sebagai pusat perdagangan di kuala sungai.
    • pelabuhan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan  ;
      • bekalan air
      • tempat tinggal
      • tempat menyimpan barang dagangan
      • kawasan berjual-beli
  • dalam urusan perdagangan, kerajaan maritim berfungsi sebagai orang tengah
  • kerajaan ini menjadi pusat pengumpulan barangan dari kawasan pedalaman dan pulau-pulau berhampiran
    • contoh barangan dagangan :
      • hasil hutan
      • rempah-ratus
      • ubat-ubatan
      • gaharu
      • cendana
      • damar
    • barangan tersebut mendapat permintaan tinggi di pasaran antarabangsa
  • kegiatan perdagangan dijalankan di pelabuhan utama yang berfungsi sebagai pelabuhan entrepot
  • barangan tersebut juga dijual kepada pedagang asing dari  :
      • Eropah
      • Arab
      • India
      • China
  • kemahiran masyarakat  :
    • membuat kapal
    • menguasai ilmu pelayaran
      • mampu belayar hingga ke Afrika Timur
  • contoh kerajaan Maritim  :
    • kerajaan Champa
    • kerajaan Chih Tu
    • kerajaan Srivijaya
    • kerajaan kedah Tua 
    • kerajaan Majapahit
...................................................................................................................................

KERAJAAN CHAMPA
Ä  Diasaskan sekitar tahun 192 Masihi oleh Chu-Lien
Ä  Raja dipengaruhi oleh agama hindu
Ä  Dalam struktur pentadbirannya terdapat pegawai pemungut cukai.
Ä  Ditadbir oleh 14 dinasti
Ä  Pada akhir kurun ke-13, dipengaruhi oleh China  dan pengaruh ini lenyap pada kurun ke-15
Ä  Menurut sumber Sanskrit, pada tahun 400 Masihi diterajui oleh Bhadravarnom
Ä  Nama Champa wujud pada tahun 655 masihi


KERAJAAN CHIH TU
Ä  Menurut catatan I-Ching, Chih Tu bermaksud Tanah Merah
Ä  Diasaskan pada abad ke-6 Masihi oleh  Raja Guatama
Ä  Diketuai oleh seorang raja yang berkuasa mutlak
Ä  Raja dibantu oleh 3 orang menteri yang bertanggungjawab dalam pemerintahan dan pentadbiran
Ä  Sistem pemerintahan beraja mengikut corak pemerintahan kerajaan Srivijaya yang menerima pengaruh Hindu

KERAJAAN SRIVIJAYA
Ä Diasaskan pada abad ke-7 Masihi
Ä Berpusat di Palembang
Ä Raja berkuasa mutlak
Ä Menurut catatan Arab, raja dianggap sebagai Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau
o   Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau menggambarkan kebesaran seseorang raja.
o   Raja digambarkan mempunyai kuasa sakti, berkuasa mutlak dan bersifat ketuhanan
Ä Menteri-menterinya merupakan orang perantaraan antara raja dengan rakyat
Ä Catatan pada Batu Bersurat bertarikh 683 Masihi yang dijumpai di Telaga Batu, menunjukkan terdapat 3 bahagian pentadbiran iaitu :
o      Pentadbiran diraja
o      Pentadbiran ketenteraan
o      Pentadbiran daerah
Ä Menguasai Selat Melaka, Selat Sunda dan Laut Jawa untuk mengawal seluruh kegiatan perdagangan maritim di Kepulauan Melayu
Ä Pelabuhan pentingnya ialah Palembang
Ä Barang dagangan seperti damar, cendana, kapur barus, kemenyan dan lada hitam

KERAJAAN MAJAPAHIT
Ä  Diasaskan oleh Raden Wijaya
Ä  Sistem pemerintahan  :
o   Raja dibantu oleh Perdana Menteri dan 4 orang menteri
o   Mengamalkan konsep Devaraja iaitu wakil dewa untuk memimpin manusia
o   Sistem pemerintahan berasaskan Undang-Undang Manu yang menjelaskan peranan Raja dalam membicarakan kes-kes awam
§  Undang-Undang Manu merupakan sumber bertulis yang menjelaskan peranan hakim membicarakan kes-kes awam
Ä  Kegemilangan kerajaan semasa pemerintahan Hayam Wuruk (Raja Senagara) dan Perdana Menteri  iaitu Patih Gajah Mada
Ä  Perdagangan :
o   Dikunjungi oleh pedagang dari luar dari asia Tenggara, China, India dan Timur Tengah
o   Pelabuhan utama ialah Kataha dan Temasik

KERAJAAN KEDAH TUA (kerajaan terawal di semenanjung Tanah Melayu)

Ä  Diasaskan pada abad ke-5 Masihi
Ä  Juga dikenali sebagai Kataha
Ä  Menurut catatan I-Ching, Kedah Tua disebut sebagai Cheh-Cha
Ä  Pelabuhan utama pada peringkat awal terletak di Sg. Mas dan kemudiannya berpindah ke Lembah Bujang
Ä  Dipengaruhi oleh agama Buddha dan diikuti agama Hindu
Ä  Pengaruh Hindu-Buddha dapat dibuktikan melalui peninggalan candi di Lembah Bujang
o   Candi ialah bangunan tempat penyembahan menurut agama Hindu-Buddha
o   Candi menggambarkan betapa kuatnya pengaruh Hindu-Buddha. Hal ini dibuktikan melalui seni ukir pada bangunan tersebut
Ä  Gunung Jerai menjadi panduan kepada pedagang untuk singgah di pelabuhan Sg. Mas dan Lembah Bujang
Ä  Pelabuhan Kedah Tua :
o   Merupakan pelabuhan entrepot
o   Menjadi pusat pertukaran barang-barang
o   Tempat persinggahan pelayar dari luar seperti  Arab, Parsi, India dan Sri Lanka
o   Pusat perdagangan hasil tempatan
o   Barang dagangan terdiri daripada beras, emas, damar, bijih timah, rotan, dan lada hitam
Ä  Kegemilangan  :
o   Kegemilangan kerajaan dibuktikan melalui penemuan :
§  wang perak pada zaman pemerintahan Sultan al-Mutawakil (tahun 874-861 Masihi)
§  manik dari India
§  barangan kaca dari Timur Tengah

pintu gerbang kerajaan Kedah Tua


  • Terdapat 2 bentuk kerajaan awal di Asia Tenggara iaitu :
    • Kerajaan Agraria
    • Kerajaan Maritim
  • Contoh kerajaan Agraria  :
    • Kerajaan Angkor
    • Kerajaan Funan
  • Contoh kerajaan Maritim  :
    • Kerajaan Champa
    • Kerajaan Chih Tu
    • Kerajaan Srivijaya (Sriwijaya)
    • Kerajaan Kedah Tua
    • Kerajaan Majapahit